Dasar Pendidikan Kebangsaan Pengajian Malaysia Assignment

 

1.1 Dasar Pendidikan Di Malaysia

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satuaspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arahnegara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosialialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistempendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukansahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak –kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya sertaalam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai

wadah untukmenyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melaluipenerapan tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduankaum di kalangan para pelajar.

Di Malaysia, dasar pendidikan mempunyai peranan yang amat pentingdalam menentukan hala tuju sistem pendidikan negara yang mana dasar inidikenali sebagai

‘Dasar Pendidikan Kebangsaan’

. Dasar PendidikanKebangsaan mula dilaksanakan di negara ini dalam tahun 1957. Umumnya,terdapat 3 tujuan utama yang terkandung dalam dasar pendidikankebangsaan ini. Pertama, tujuan dasar pendidikan diadakan adalah untukmewujudkan satu sistem pelajaran yang dapat memenuhi keperluan negaradan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.Kedua, untuk menghasilkan pelajar yang berdisiplin serta mematuhi danmenghormati kedua ibu bapa mereka di mana prinsip ini sejajar dengandasar dan polisi pendidikan untuk mengadakan proses pengajaran danpembelajaran yang cekap dan efisien dengan keperluan untuk mengelakkanperbelanjaan awam yang tidak tersusun. Yang ketiga pula, ianya untukmemastikan agar dasar ini dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnyadalam menentukan perkembangan sistem pendidikan yang progresif danbahasa kebangsaan dijadikan sebagai bahasa pengantar yang utama.

PENGENALAN

Dasar sosial boleh dianggap sebagai satu jenis dasar yang memberi keutamaan kepada nilai-nilai sosial yang berlandaskan keadilan, kerohanian dan kemanusiaan. Kesemua nilai ini adalah perlu untuk pembangunan manusia yang seimbang dalam pelbagai aspek. Dasar sosial diperlukan oleh sesebuah negara yang membangun untuk menangani pelbagai masalah yang timbul, termasuk masalah sosial.

Dasar sosial menitikberatkan isu-isu seperti perpaduan negara, perhubungan kaum dalam masyarakat majmuk dan perhubungan kemasyarakatan. Keperluan-keperluan ini dipenuhi melalui pelbagai dasar seperti pendidikan, kebajikan masyarakat, sumber manusia dan sebagainya.

HASIL PEMBELAJARAN

1.            Menyenaraikan 5 dasar sosial di .

2.            Menerangkan falsafah setiap dasar sosial tersebut.

3.            Menghuraikan strategi pelaksanaan setiap dasar sosial di .

4.            Mengenalpasti pencapaian setiap dasar sosial yang dinyatakan.

13.1  DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

Sejak sebelum merdeka, beberapa dasar telah diadakan untuk menggubal sistem pendidikan di negara ini. Sesuai dengan senario politik yang berlaku pada waktu ini, Tanah Melayu ingin mencapai kemerdekaan dan perpaduan yang merupakan elemen penting untuk menjayakan rancangan tersebut. Salah satu cara ialah melalui pendidikan.

Justeru, pihak pemerintah telah memperkenalkan satu Jawatankuasa Pelajaran 1955 yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak Hussein. Akhirnya, satu dasar pendidikan telah diperkenalkan oleh beliau yang dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Pada tahun 1960 satu lagi dasar telah diadakan untuk menyemak semula Penyata Razak 1956. Dasar ini dikenali sebagai Penyata Rahman Talib 1960.

Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 digubal berdasarkan Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Matlamat utama dasar ini ialah untuk mewujudkan persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat. Selepas itu, Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada 1974 untuk mengkaji semula dasar pendidikan bagi menyesuaikannya dengan pekembangan ekonomi negara, membentuk masyarakat yang bersatu padu dan berdisiplin di samping memenuhi sumber manusia dalam pembangunan negara. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Proses pembentukan individu cemerlang dan berorientasikan masyarakat ini diasaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara.

Objektif

i.              Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

ii.             Menyatupadukan semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi untuk pembangunan negara.

iii.            Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

iv.           Menggalakkan perkembangan bidang kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik.

v.            Memenuhi keperluan tenaga rakyat negara dalam jangka masa panjang dan jangka masa pendek

Falsafah Pendidikan Negara

Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan bekeupayaan mencapai kesejahteraan diri seta memberi sumbangan terhadap keharmonian  dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Falsafah pendidikan negara merupakan satu pemikiran yang mantap mengenai sistem pendidikan negara Malaysia. Ia menetapkan arah haluan yang mesti ditujui oleh setiap rakyat dan mengandungi prinsip yang utuh dan daya ketahanan yang kekal bagi masyarakat majmuk di negara ini. Falsafah ini harus dijadikan teras dalam keseluruhan sistem pendidikan iaitu dari peringkat pra-sekolah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Bagi mencapai matlamat dasar pendidikan negara, falsafsah ini telah menggariskan tiga bidang utama yang meliputi aspek-aspek keperluan individu, negara dan ekonomi. Tiga bidang utama ini ialah perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat dan kemakmuran negara. Langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara ialah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Pendidikan yang dirancang dan berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara akan melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memenuhi keperluan negara dan mampu menghadapi sebarang persaingan serta cabaran masa hadapan. Hasrat Falsafah Pendidikan Negara memberi penekanan kepada empat aspek penting bagi pekembangan seseorang individu iaitu intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kepercayaan kepada Tuhan dan patuh kepada ajaran agama merupakan teras kepada keempat-empat aspek ini.

Pendekatan yang digunakan untuk menjayakan matlamat pendidikan melalui pendidikan bersepadu ini menekankan perkara-perkara berikut :

Ilmu dan Kemahiran

i.              Kandungan kurikulum akan dapat mengembangkan kemahiran asasi yang diperoleh di peringkat rendah.

ii.             Mengembangkan kemahiran belajar.

iii.            Membina generasi intelek dan mengembangkan pemikiran untuk menghurai, mencari, merumus dan menghasilkan idea-idea bernas.

Nilai-nilai Murni

i.              Dalam pendidikan bersepadu, nilai-nilai murni akan diserapkan dalam setiap matapelajaran bukan sahaja dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

ii.             Nilai-nilai murni yang akan diserapkan dalam diri pelajar adalah seperti berhemah tinggi, berdikari, keberanian, kerjasama, semangat kemasyarakatan dan lain-lain.

Bahasa

i.              Tumpuan diberikan kepada aspek-aspek penggunaan bahasa dengan betul meliputi sebutan, struktur ayat dan tatabahasa.

ii.             Selain itu, penekanan juga diberikan kepada kecekapan menggunakan bahasa, kemampuan berfikir dan kreatif dalam menghasilkan karya dalam bahasa Melayu.

iii.            Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris tetap diteruskan.

Ko Kurikulum

i.              Kokurikulum merupakan satu bidang pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Ini berlanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

ii.             Proses ini sebenarnya akan memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan yang telah dipelajari di bilik darjah.

iii.            Gerak kerja kokurikulum biasanya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu:

a.            Pasukan beruniform

b.            Persatuan/ kelab

c.            Sukan

Budaya Sekolah

i.              Budaya sekolah merangkumi seluruh persekitaran sekolah sama ada secara fizikal ataupun bukan fizikal. Suasana persekitaran sebenarnya boleh memberi kesan tehadap proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

ii.             Antara perkara utama dalam pembentukan budaya sekolah ialah:

a.            Fizikal sekolah yang baik

b.            Aspek sosial yang boleh merangsang pembinaan insaniah

c.            Aspek budaya ilmu

d.            Penggunaan bahasa yang baik

Bahan Pengajaran

Buku-buku yang digunakan juga mesti mencerminkan kesepaduan dan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Strategi Dan Pelaksanaan

Beberapa srategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut:

i.              Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.

ii.             Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.

iii.            Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.

iv.           Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.

v.            Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

vi.           Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.

vii.          Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar dan pedalaman.

viii.         Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral seta nilai etika yang kukuh.

ix.           Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978.

x.            Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan.

xi.           Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.

xii.          Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

xiii.         Menggalakkan aktiviti kokurikulum yang memupuk disiplin seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, Puteri Islam dan lain-lain.

Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengadakan dan mengembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak.

Di Kementerian dan Jabatan Pendidikan pula, beberapa bahagian dan jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuat bagi memastikan tercapainya hasrat dasar ini. Beberapa contoh bahagian dan jawatankuasa ditubuhkan untuk mencapai cita-cita dasar ini iaitu:

i.                              Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan.

ii.                             Bahagian Pelajaran Teknik dan Vokasional

iii.                            Jawatankuasa Pusat Kurikulum

iv.                           Biro Buku Teks

v.                            Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia

Pencapaian

i.              Secara keseluruhannya, tenaga rakyat hasil pendidikan dapat memenuhi keperluan guna tenaga negara.

ii.             Pendidikan dapat mengeratkan jurang pengenalan pekerjaan mengikut kaum dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk.

iii.            Kesedaran kebangsaan Malaysia juga dapat dirasai antara kaum di sekolah.

iv.           Penguasaan bahasa Melayu antara kaum di Malaysia lebih memuaskan.

v.            Pendidikan dan latihan dapat meningkatkan pendapatan golongan berpendapatan rendah dan membaiki taraf hidup mereka.

Kesimpulan

           

Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan negara buat masa ini dan masa hadapan. Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai status negara perindustrian, adalah penting rakyatnya diberikan pendidikan bersesuaian dengan keperluan swasta bagi bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan dan sebagainya.

Oleh itu, dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah, tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawanan dan tidak bergantung semata-mata pada kerajaan untuk menyediakan kerja. Ini selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan penyertaan sektor swasta secara aktif dalam usaha pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

13.2  DASAR BELIA NEGARA

Dasar Belia Negara ini diadakan untuk memberi garis panduan bagi menyusun dan mengendali rancangan-rancangan belia negara ini. Generasi belia merupakan sumber terbesar dalam negara dan mereka berpotensi untuk menyambung kepada pembangunan negara. Keupayaan mengembeling tenaga belia akan menentukan kekuatan dan ketahanan pembangunan sosial, ekonomi dan politik Negara.

Takrif Belia

Golongan belia dikategorikan kepada golongan berumur antara 15 – 40 tahun dan meliputi 42% daripada jumlah 20 juta penduduk Malaysia. Walaubagaimanapun, dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun. Golongan ini merupakan tenaga penggerak dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Memandangkan belia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin Negara, usaha bagi mewujudkan organisasi belia yang mantap dan sistematik amatlah diperlukan. Dasar Program Induk Belia Negara dilancarkan pada bulan Jun 1991. Belia merupakan separuh daripada penduduk di Malaysia. Kemajuan Belia merupakan kemajuan negara.

Matlamat

Matlamat dasar ini ialah “Membina Belia Untuk Kesejahteraan Negara”.

Objektif

i.              Memupuk keperibadian belia dengan memberi penekanan terhadap aspek kepimpinan dan kesukarelawanan, berakhlak mulia & berpengetahuan luas.

ii.             Mendorong penyertaan belia dalam pembangunan negara, di samping memandu mereka ke jalan yang searah dengan prinsip Rukun Negara.

iii.            Menjadikan belia sebagai teras integrasi nasional.

iv.           Belia dianggap benteng pertahanan ekonomi dan sosio politik negara.

v.            Memajukan belia.

vi.           Membangunkan sosioekonomi golongan belia selain memperkukuh perpaduan dan keselamatan negara.

vii.          Melahirkan masyarakat yang memiliki sifat kepimpinan dan berfikiran matang selain mencapai taraf keilmuan yang tinggi.

Prinsip-Prinsip Dasar Belia Negara

Pembinaan belia di negara ini hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut:

i.              Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara

ii.             Mewujudkan semangat perpaduan, kesukarelaan dan menggalakkan autonomi

iii.            Mewujudkan sifat-sifat kepimpinan yang matang

iv.           Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara

v.            Membina moral yang tingi dan sikap yang mementingkan penjagaan kesihatan dan kecergasan diri

vi.           Mencapai taraf keilmuan yang luas dan mendalam

Strategi 

Bagi mencapai Dasar Belia Negara beberapa strategi akan dilaksanakan:

a.         Pembangunan Ilmu

Usaha akan dipertingkatkan ke arah mengembangkan ilmu pengetahuan di dalam berbagai aspek sebagai tungak kepada pembangunan dan kemantapan generasi belia. Untuk memupuk ciri-ciri keperibadian yang sempurna, pendidikan hendaklah dibekalkan yang meliputi bidang-bidang berikut:

i.              Pendidikan agama dan moral.

ii.             Pelajaran yang formal dari awal (pra sekolah) hingga ke pusat pengajian tinggi.

iii.            Pendidikan tidak formal yang berterusan melalui kursus, bengkel, seminar dan lain-lain.

iv.           Pendidikan jasmani secara formal dan tidak formal.

b.         Pembentukan Sikap

Usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk di kalangan belia bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang. Untuk menyediakan taraf kepimpinan yang matang serta penglibatan yang berkesan dalam perancangan negara, usaha-usaha hendaklah diatur bagi menghasilkan golongan pemimpin yang berkaliber melalui:

i.              Kursus, seminar, bengkel dan lain-lain.

ii.             Penglibatan dan penyertaan yang aktif dalam badan-badan yang menggubal dasar di semua peringkat, iaitu daerah, negeri dan kebangsaan pendedahan yang luas, merangkumi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

c.         Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan

Mempersiapkan generasi belia dengan teknologi terkini, kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan negara. Untuk membekalkan kemahiran-kemahiran tertentu, rancangan-rancangan latihan hendaklah disusun untuk melatih para belia dalam pelbagai bidang seperti teknikal, usahawan dan pertanian.

d.         Pemupukan Gaya Hidup Sihat

Generasi Belia digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup yang sihat, cergas dan dinamik. Amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertangungjawab dan berkualiti.

e.         Kemudahan Interaksi Sosial

Mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat di kalangan belia dan masyarakat. Untuk meningkatkan usaha perpaduan negara, semangat kebangsaan, kesedaran, kewarganegaraan dan perasaan tanggungjawab melalui program secara formal dan tidak formal.

f.          Perkongsian Dalam Pembangunan

Menggunakan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia. Untuk menjayakan penglibatan belia sepenuhnya dalam pembangunan negara, penekanan terhadap:

i.      semangat kesukarelaan yang akan menjamin kesediaan untuk memberi semangat ikhlas demi kejayaan dan kebahagiaan bersama.

ii.     Autonomi dalam menjalankan rancangan-rancangan agar terpupuk perasaan yakin pada diri sendiri.

iii.    Pengenalan prinsip-prinsip untuk menyemai rasa cinta terhadap hidup secara demokrasi.

g.         Jaringan Hubungan Antarabangsa

Menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.

Pelaksanaan

i.              Bahagian Perkhidmatan Belia di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat diwujudkan untuk membimbing dan memberi perkhidmatan sosial kepada golongan belia.

ii.             Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan untuk merancang dan melaksanakan dasar-dasar untuk menjalankan kegiatan yang memanfaatkan golongan belia.

iii.            Program Rakan Muda’diwujudkan untuk meningkatkan penglibatan belia dalam pelbagai bidang untuk membentuk masyarakat yang seimbang, berdaya saing, berani dan dinamik selaras dengan kehendak negara.

iv.           Koperasi Belia diadakan mewujudkan oraganisasi yang bercorak koperasi peringkat kebangsaan demi menjaga kepentingan belia dalam bidang ekonomi dan sosial.

v.            Program Belia Berniaga membekalkan kursus-kursus keusahawanan untuk memberi kemahiran kepada belia.

vi.           Kemahiran Vokasional dan Teknikal turut diadakan untuk memperlengkap kemahiran belia untuk memenuhi kehendak pasaran kerja. Contohnya, Institut Kemahiran Belia Negara ditubuhkan untuk menggalakkan belia-belia mendapatkan latihan kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja yang diperlukan oleh sektor industri ke arah mencapai Wawasan 2020.

vii.          Badan-badan Sukarela menganjurkan pelbagai program dari semasa ke semasa untuk membangunkan belia negara.

viii.         Slogan ‘Malaysia Boleh’ merupakan galakan untuk memperjuang semangat kebangsaan di kalangan belia negara.

ix.           Sepuluh aspek yang menjadi motto ialah:

a.            Malaysia Cergas

b.            Malaysia Cemerlang

c.            Malaysia Patriotik

d.            Malaysia harmoni

e.            Malaysia Mahir

f.             Malaysia Mulia

g.            Malaysia Sejagat

h.            Malaysia Prihatin

i.              Malaysia Berbudaya

Program Belia (Perniagaan)

a.         Belia Berniaga

Rancangan ini bertujuan usahawan-usahawan di kalangan belia dengan mendorong mereka menggunakan kemahiran yang telah diperolehi melalui kursus-kursus keusahawanan yang disediakan.

0 Thoughts to “Dasar Pendidikan Kebangsaan Pengajian Malaysia Assignment

Leave a comment

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *